Saturday 29 September 2012

ISU PENGANGKUTAN AWAM DI KG LIMA KEDAI DAN PEKAN LAMA GELANG PATAH



Bagi isu yang saya pilih iaitu isu mengenai pengangkutan awam, saya ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai isu ini di kawasan pinggir bandar Johor Bahru iaitu Kg Lima Kedai dan Pekan Lama Gelang Patah.




KG LIMA KEDAI





PEKAN LAMA GELANG PATAH







Di kedua-dua kawasan ini terdapat perkhidmatan awam yang mempunyai beberapa laluan di kawasan tersebut. Bas awam yg melalui kawasan ini ialah Perkhidmatan Awam Iskandar Malaysia selain daripada perkhidmatan bas awam yg lain.


Namun begitu, perkhidmatan ini tidak mempunyai penyelarasan dalam ketetapan waktunya dan hal ini menyebabkan penduduk mempunyai masalah untuk mengatur perjalanan mereka. 


Selain itu, perkhidmatan awam ini tidak memasuki kawasan yg terletak jauh sedikit daripada jalan utama dan menyukarkan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan awam.


stesen bas Gelang Patah




Bagi perkhidmatan teksi pula, penduduk boleh mendapatkan teksi di laluan utama sahaja di mana kawasan yg dilalui oleh teksi. Teksi kurang memasuki kawasan yg lebih jauh daripada laluan jalan utama di kawasan tersebut. Hal ini menyukarkan penduduk yg tinggal jauh daripada laluan utama untuk mendapatkan khidmat teksi.



Tambang mahal yg dikenakan oleh sesetengah pemandu teksi juga membebankan manusia. Kawasan pinggir bandar biasanya jarang dilalui oleh teksi atau bas dan hal ini menyebabkan sesetengah pemandu teksi mengambil kesempatan.







ini adalah sedikit sebanyak yang boleh saya lanjutkan mengenai isu pengangkutan awam. selepas lawatan tapak,mungkin saya dapat memahami isu di kawasan ini dengan lebih mendalam.

No comments:

Post a Comment