Kepentingan bandar-bandar sebagai pusat aktiviti yang mana ekonominya
semakin menjurus kepada aktiviti berorientasikan perkhidmatan kini semakin
meningkat. Rangkaian pengangkutan perlu mampu menyokong pertumbuhan ekonomi,
pertumbuhan populasi dan kepelbagaian aktiviti (termasuk pelancongan). Telah
terbukti di peringkat global bahawa sistem pengangkutan yang teratur dan
komprehensif adalah penyumbang penting kepada kemakmuran ekonomi.
Seperti
yang kita sedia maklum, pengangkutan awam ini hanya aktif di kawasan bandar
sahaja. Jaringan dan kesampaian pengangkutan awam hanya meliputi kawasan bandar
dan kawasan yang menjadi tarikan kepada orang ramai.
Bandar
besar seperti Kuala Lumpur misalnya sangat baik dari segi pengangkutan awamnya.
Terdapat banyak pengangkutan awam seperti bas, teksi dan LRT. Tahap kesampaian
jaringan pengankutan awam ini sangat baik. Jika kawasan tersebut tidak
mempunyai jaringan LRT, penguna boleh menggunakan perkhidmatan teksi ataupun
bas yang banyak terdapat di stesen-stesen LRT.

Lain pula situasinya di kawasan
pinggir bandar seperti Lembah Klang dan Puchong. Kawasan ini mengalami masalah
untuk mendapatkan pengangkutan awam khusunya di kawasan tertentu dan pada waktu
malam. Pengangkutan awam hanya terdapat di kawasan utama dan pusat bandar. Oleh
itu, penduduk terpaksa menggunakan kenderaan persendirian untuk ke tempat yang
terdapat capaian pengangkutan awam ini. Hal
ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas dan sukar untuk membendung
maslah ini.

Jaringan pengangkutan awam yang
efektif dapat memberikan impak negatif kepada semua pihak. Kawasan tempat
kerja, tempat membeli belah yang mempunyai ataupun berada dalam lingkungan
capaian pengankutan awam ini dapat menggalakkan pengguna menggunakan
pengangkutan awam. Secara langsung juga dapat mengurangkan penggunaan kenderaan
persendirian dan mengurangkan kesesakan lalulintas.
Pengangkutan awam masih belum menjadi pilihan utama rakyat
Malaysia,kerana infrastruktur yang ditawarkan masih di tahap yang rendah. Saya
sendiri salah seorang dari rakyat, yang mana saya lihat pengangkutan awam perlu
diberi satu jenama oleh kerajaan. Ini kerana tidak ada keseragaman di dalam
kualiti pekhidmatan pengangkutan awam. Sebagai contoh, ada sesetengah
pengangkutan awam mempunyai pendingin hawa, ada yang tidak ada. Justeru,
perkhidmatan pengangkutan awam perlu diseragamkan.

Lembah Klang sebagai contoh, sistem pengangkutan
awam di Negara ini pada ketika ini menghadapi isu perkhidmatan yang tidak
efisien (dengan kadar kelewatan dan pembatalan perjalanan yang kerap), jaringan
perkhidmatan dan kesinambungan antara mod pengangkutan awam yang terhad, serta
isu kesesakan yang serius (terutamanya aliran rel utama- KTM Komuter, aliran
LRT Kelana Jaya). Masalah-masalah ini antara lainnya menyebabkan penggunaan
sistem pengangkutan awam yang kurang memberansangkan, yang seterusnya membawa
kepada isu kesesakan yang lebih serius.
saya pelajar UiTM Perak, saya nak minta beberapa pendapat memandangkn sy pelajar diploma sahaja. dan sy nak buat kajian tntg pengangkutan awam di Johor Bahru. :)
ReplyDelete