Monday 24 September 2012

JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI ‘SUBURBAN AREA’


Kepentingan bandar-bandar sebagai pusat aktiviti yang mana ekonominya semakin menjurus kepada aktiviti berorientasikan perkhidmatan kini semakin meningkat. Rangkaian pengangkutan perlu mampu menyokong pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan populasi dan kepelbagaian aktiviti (termasuk pelancongan). Telah terbukti di peringkat global bahawa sistem pengangkutan yang teratur dan komprehensif adalah penyumbang penting kepada kemakmuran ekonomi.
Seperti yang kita sedia maklum, pengangkutan awam ini hanya aktif di kawasan bandar sahaja. Jaringan dan kesampaian pengangkutan awam hanya meliputi kawasan bandar dan kawasan yang menjadi tarikan kepada orang ramai.
Bandar besar seperti Kuala Lumpur misalnya sangat baik dari segi pengangkutan awamnya. Terdapat banyak pengangkutan awam seperti bas, teksi dan LRT. Tahap kesampaian jaringan pengankutan awam ini sangat baik. Jika kawasan tersebut tidak mempunyai jaringan LRT, penguna boleh menggunakan perkhidmatan teksi ataupun bas yang banyak terdapat di stesen-stesen LRT.








Lain pula situasinya di kawasan pinggir bandar seperti Lembah Klang dan Puchong. Kawasan ini mengalami masalah untuk mendapatkan pengangkutan awam khusunya di kawasan tertentu dan pada waktu malam. Pengangkutan awam hanya terdapat di kawasan utama dan pusat bandar. Oleh itu, penduduk terpaksa menggunakan kenderaan persendirian untuk ke tempat yang terdapat capaian pengangkutan awam ini.  Hal ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas dan sukar untuk membendung maslah ini. 






Jaringan pengangkutan awam yang efektif dapat memberikan impak negatif kepada semua pihak. Kawasan tempat kerja, tempat membeli belah yang mempunyai ataupun berada dalam lingkungan capaian pengankutan awam ini dapat menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam. Secara langsung juga dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan mengurangkan kesesakan lalulintas.









Pengangkutan awam masih belum menjadi pilihan utama rakyat Malaysia,kerana infrastruktur yang ditawarkan masih di tahap yang rendah. Saya sendiri salah seorang dari rakyat, yang mana saya lihat pengangkutan awam perlu diberi satu jenama oleh kerajaan. Ini kerana tidak ada keseragaman di dalam kualiti pekhidmatan pengangkutan awam. Sebagai contoh, ada sesetengah pengangkutan awam mempunyai pendingin hawa, ada yang tidak ada. Justeru, perkhidmatan pengangkutan awam perlu diseragamkan.


               


Lembah Klang sebagai contoh, sistem pengangkutan awam di Negara ini pada ketika ini menghadapi isu perkhidmatan yang tidak efisien (dengan kadar kelewatan dan pembatalan perjalanan yang kerap), jaringan perkhidmatan dan kesinambungan antara mod pengangkutan awam yang terhad, serta isu kesesakan yang serius (terutamanya aliran rel utama- KTM Komuter, aliran LRT Kelana Jaya). Masalah-masalah ini antara lainnya menyebabkan penggunaan sistem pengangkutan awam yang kurang memberansangkan, yang seterusnya membawa kepada isu kesesakan yang lebih serius.








1 comment:

  1. saya pelajar UiTM Perak, saya nak minta beberapa pendapat memandangkn sy pelajar diploma sahaja. dan sy nak buat kajian tntg pengangkutan awam di Johor Bahru. :)

    ReplyDelete