Wednesday 19 September 2012

SISTEM PENGANGKUTAM AWAM MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA

ENTRY YG BERKAIT DENGAN PERANCANGAN. 

bagi topik yg diminta utk diulas oleh pensyarah, Dr. Anuar Amir adalah mengenai isu atau permasalahan di kawasan suburban ( pinggir bandar seperti Lembah Klang dan Skudai). Sebelum saya pergi melangkah dengan penuh gaya bak di atas 'red carpet' mengenai isu di pinggir bandar, saya menyelitkan dengan mukadimah mengenai PENGANGKUTAN AWAM. Saya menyelitkan entri ini sebagai permulaan atau pembuka blog ini. Isu yg akan diketengahkan oleh saya adalah Masalah Kekurangan Pengangkutan Awam di pinggir bandar.


Apa itu pengangkutan awam?

Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.

Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit)
Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota. Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.
Pertama:
Meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa;
Kedua
Meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam;
Ketiga,
Memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.
Keempat,
Menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru.




Lima langkah utama bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam

1.    Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya.

i)    Meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan LRT sebanyak 1.7 sehingga 4 kali ganda (bergantung kepada laluan tertentu.)
ii)    Penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem transit aliran Kelana Jaya. Selain gerabak berganda, ciri-ciri tambahan terdapat pada gerabak ini ruang khas untuk penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang keselamatan. Terdapat juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya pendengaran serta tingkap kecemasan.
iii)    Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan
iv)    Laluan bas merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang akan diperkenalkan secara berperingkat. Perkhidmatan melalui 12 koridor dapat menampung 35,000 sehingga 55,000 penumpang semasa waktu puncak pagi atau 6% sehingga 9% jumlah bilangan pengguna pengangkutan awam pada tahun 2012
v)    Naik taraf 634 perhentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan Kajang.
vi)    850 buah bas akan ditambah. Ini dapat meningkatkan perkhidmatan yang disediakan di laluan sedia ada dan memberi perkhidmatan kepad 53 laluan baru yang tidak mendapat perkhidmatan ketika ini. 






2.    Merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam

i    Memperkenalkan konsep 1Tiket 1Perjalanan
iii    Menambah kira-kira 6,800 tempat meletak kereta baru di 14 stesen rel utama, di luar kawasan pinggir pusat bandar utama pada tahun 2012   
iv    Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta terminal yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi.
v    Menyediakan sistem IT bersepadu secara menyeluruh
vi.    Pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi penguatkuasaan utama adalah diperlukan untuk 10 pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), JPJ dan PDRM.


3    Menghalang kenderaan berat dari memasuki Kawasan Perniagaan  Pusat.

i    Tiga terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar  bandar akan diwujudkan dan dimulakan dengan ITT Bandar Tasik Selatan.
ii    Di pusat bandar pula akan wujud dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar dan Hentian Akhir Bandar (HAB). Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota, Hentian Putra dan Pudu memudahkan aliran lalu-lintas daripada kawasan pinggir bandar ke pusat bandar.

4.    Penyusunan semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD)

i    Memastikan pengangkutan Awam Darat (SPAD) beroperasi sepenuhnya. Ini kerana satu prasyarat kejayaan mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab bagi perancangan dasar dan pemantauan kawalsedia.
Ii    13 Kementerian dan pelbagai agensi terlibat aspek pengurusan pengangkutan awam yang berbeza dan tiada satu badan yang menyelaraskan usaha merentasi pelbagai sistem pengangkutan awam secara keseluruhan.


5.    Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan (push)


i    Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25% dan sistem perkhidmatan pengangkutan awam telah ditambahbaik, masa perjalanan ditepati, keselesaan dipertingkat,  Inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.
NKPI bagi NKRA Pengangkutan Awam

KategoriHasil pada 2010-2011
Bas
  • 200 bas baru
  • 4 koridor baru bagi bus expressway transit
  • 800 perhentian bas yang dinaiktarafkan
Rel
  • 26 set tren empat koc di LRT Kelana Jaya
Integrasi
  • Terminal pengangkutan bersepadu baru di Bandar Tasik Selatan
  • Semua operator mempunyai sistem tanpa tunai dan menawarkan tambang diskaun bagi tiket tanpa tunai
  • 4,000 petak letak kereta baru di stesen rel
Rangkaian
  • Pembaharuan cukai jalan ditolak bagi pemandu yang tidak membayar samannya
  • Kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar pada waktu puncak
Rapid KL
  • Penstrukturan semula 45 laluan RapidKL bagi mengurangkan pemindahan penumpang dan menjimatkan masa
  • Pelancaran Pas Perjalanan bersepadu RapidKL bernilai RM150 bagi membenarkan perjalanan tanpa had menggunakan semua perkhidmatan Prasarana iaitu bas RapidKL, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang dan Monorel
KTM Komuter
  • Pengurangan masa kekerapan KTM Komuter daripada 20 minit kepada 15 minit, di laluan bertrafik tinggi seperti Sungai Buloh ke Kajang dan Kuala Lumpur ke Shah Alam
  • Memperkenalkan koc merah jambu wanita sahaja
Nota:     Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Petunjuk Prestasi Utama Nasional (NKPI)


pada pandangan saya, pengangkutan awam ni sangat penting di kawasan pinggir bandar bagi memudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain. 







1 comment:

  1. Ketidakcekapan sistem pengangkutan awam merupakan isu yang releven dan significant di suburban di Malaysia masakini. Teruskan memberi senario yang jelas ke arah ..solution yang sesuai dari perspektif bidang perancangan bandar dan wilayah. well done. jangan banyak sangat cut and paste. Be a bit more critical.

    ReplyDelete